RUANGAN IKLAN | LINK KERAJAAN | GALERI | HUBUNGI

Thursday, September 24, 2009

BINGKISAN SYAWAL

Ramadhan Al-Mubarak semakin meninggalkan kita, semoga kita diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk berjumpa lagi dengannya di masa hadapan. Lambaian Syawal pula semakin menjelma …… namun dalam keghairahan kita menyambut HARI RAYA AIDILFITRI ini, tanpa kita sedari bahawa kita juga semakin meninggalkan Ramadhan yang juga merupakan Madrasah Ramadhan dan juga merupakan bulan yang penuh keberkatan dan dijanjikan pelbagai bonus serta ganjaran dari Allah s.w.t. Bulan yang dirahmati oleh Allah s.w.t ini pastinya akan meninggalkan kita dan hari-hari yang meningalkan kita tersebut memerlukan “Mujahadah” yang tinggi bagi memastikan “Pentarbiahan Ramadhan” yang kita terima di sepanjang bulan Ramadhan tersebut terus kekal di dalam diri kita ini.

Kehadiran Syawal yang tinggal hanya 2 hari sahaja lagi ini merupakan satu cabaran kepada seluruh Umat Islam di dunia ini, dan berlalunya Ramadhan Al-Mubarak bukanlah bermakna telah tamatnya pengajian kita di Madrasan Ramadhan tersebut, sebaliknya kehadiran Syawal ini merupakan pembuka semangat baru untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang dengan melaksanakan segala yang telah kita pelajari di dalam Madrasah Ramadhan tersebut.

Bulan Syawal merupakan bulan pelengkap bagi amalan kita yang telah dikerjakan dalam bulan Ramadhan sebelum ini. Pelbagai perkara kebajikan boleh dilaksanakan sama ada amalan berbentuk wajib atau sunat bagi menyempurnakan pahala-pahala yang diperolehi di sepanjang bulan Ramadhan tersebut.

SEJARAH HARI RAYA

Munculnya Hari Raya di dalam sejarah Umat Islam ialah apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madihah Al-Munawwarah dari Mekah Al-Mukarramah. Sebaik tibanya di Madinah, baginda telah melihat orang Madinah yang ketika itu baru memeluk Islam telah menyambut sejenis perayaan. Perayaan ini disambut oleh orang-orang Islam Madinah dengan pesta dan acara berbentuk kebudayaan tradisional, tarian dan hiburan yang melalaikan. Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Allah telah menukarkan perayaan ini dengan 2 hari raya yang lebih baik iaitu EidilFitri dan EidilAdha.”

"mulakan bisness anda dengan bermodalkan hanya RM5"

No comments: