Mustahil bagi sesiapa pun yang pernah mempelajari sejarah Islam tidak mengenali Abu Bakar asl-Siddiq R.A. Beliau merupakan seorang sahabat yang cukup rapat dengan Rasullulah S.A.W. Malah beliau juga merupakan bapa kepada Aisyah R.A, isteri kepada baginda S.A.W. Beliau juga Khalifah yang pertama.
Sebelum perkembangan Islam, antara perkara penting yang pernah dilalui oleh Abu Bakar ialah menemani baginda S.A.W berhijrah ke Madinah. Keadaan genting apabila mereka berdua bersembunyi di dalam gua Thur. Pihak yang mengejar mereka hampir mengesan jejak.
Namun Allah cukup berkuasa dan memelihara mereka berdua daripada ditangkap. Abu Bakar al-Siddiq berasal daripada keluarga yang berada. Malah kehidupannya adalah mewah dan mempunyai perniagaan keluarga. Sejak usia muda lagi beliau sudah mengikuti rombongan perniagaan ke Syam. Oleh itu beliau juga telah diberi kepercayaan untuk mengetuai rombongan perniagaan ke setiap pelusuk semenanjung Arab.Apabila memeluk Islam, beliau masih mempunyai kekayaan. Namun kerana iman dan sifat belas kasihannya telah mendorong beliau untuk membeli dan memerdekakan beberapa orang hamba yang telah memeluk Islam. Antaranya
ialah; Bilal ibn Ribah, Abu Fakih, Ammar ibn Yasir, Abu Fuhayra, Lubaynah, Al-Nahdiah, Umm Ubays dan Harithah bin al-Muammil.
Ketika di Madinah, beliau masih meneruskan perniagaan kainnya. Perniagaannya berkembang dan maju. Beliau mempunyai gedung di Suq, Mekah dan membekalkan kain ke pasaran Madinah. Semangat keusahawanan yang ada pada beliau boleh dijadikan teladan kepada usahawan-usahawan baru. Pertama, pentingnya ilmu dan pengalaman, kedua, tanggungjawab sosial dan akhir sekali, perniagaan adalah usaha yang berterusan...bukan bermusim.


No comments:
Post a Comment